Thursday, 31 October 2013

Syukur rezeki hari ini

Alhamdulillah rezeki dari Allah tidak pernah putus walaupun tidak banyak. Suatu permulaan yang baik bagi Cik Mimi yang baru mula melangkah. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah MENDAPATKAN sambal yang terkenal di Pahang ini. Sambal apa lagi jika bukan sambal hitam, macam biasa rasanya yang sedikit masam di tambah rasa pedas dan ikan bilis membuatkan samabal ini sedap rasanya.

Semalam pagi CM membawa samabal hitam untuk bagi peluang pada sesiapa yang HENDAK RASA, HENDAK DAPAT di INFRA bangi. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan amat menggalakkan. Buat kawan-kawan semua CM sertakan gambar untuk tatapan semua.

Antara stok sambal hitam yang tinggal.
 
 
Antara yang sudah dapatkan menikmati sambal hitam bersama biskut.
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, 27 October 2013

NAK RASA...NAK CUBA....NK DAPAT

Syukur Alhamdulillah rezeki sambal untuk minggu ini. Stok untuk minggu depan masih dalam proses menyediakan bahan-bahan mentah dan pembungkusan untuk yang telah membuat pembayaran dan cuba memenuhi permintaan diluar jangkaan. Jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendapatkan sambal hitam yang sedap dari Cik Mimi.

antara samabal yang telah disiapkan.

Bagi yang ingin mendapatkan sambal hitam ini boleh membuat pembayaran di akaun bernombor 1219-0091-6655-20 (Cimb - Normiwati binti Nadzordin) atau 162807041927 (Maybank - Normiwati binti Nadzordin), mohon maklumkan detail pembayaran kepada Cik Mimi melalui email mysambalhitam@gmail.com

Belimbing Buluh Antara Bahan Utama Sambal Hitam




Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Saturday, 26 October 2013

Sambal Hitam Raub

Hari ini saya hendak bercerita mengenai makanan yang cukup terkenal di Pahang Barat iaitu di daerah Raub makanan ini cukup terkenal terutamanya di kampung-kampung. Makanan ini diberi nama Sambal hitam belimbing berebus.Aku memang cukup menggemari makanan ini, makanan ini memang enak dimakan dengan nasi panas-panas.. tak perlu lauk lain pun tak apa.

Untuk menyediakan resipi ini..anda perlulah menghasilkan bahan utama untuk resipi ini iaitu belimbing berebus. Untuk menghasilkan belimbing berebus, anda memerlukan beberapa bahan. 


Sambal HItam Jerantut

Aku bukan orang Pahang tapi aku dah bermastautin di sini hampir 25 tahun. Begitu juga ada orang Jerantut yang bermastautin di tempat lain. Berhijrah kerana beberapa faktor yang telah menjadi lumrah kehidupan. Ada yang berhijrah kerana pekerjaan dan tidak kurang juga yang berhijrah kerana perkahwinan. 

Berhijrah ini memberikan menafaat yang besar dari berbagai sudut. Antaranya budaya dan tradisi. 

Friday, 25 October 2013

Sambal Hitam a.k.a Sambal Belimbing

Sejarah Sambal Hitam

Makanan pembuka selera ini cukup terkenal di Pahang Barat. Sambal hitam ini cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Selain dijadikan perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh dibuat sambal dikenali sambal hitam dikalangan penggemarnya dan enak dimakan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya.

Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan.  Ia juga dijual secara kecil-kecilan sebagai menambah pendapatan penduduk setempat.

Keenakannya menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini. Penyediaan untuk membuat sambal ini sebenarnya amat mudah dan cepat seperti membuat sambal lain.


*gambar sumber dari google