Sejarah
Sambal Hitam
Makanan pembuka selera ini cukup terkenal di Pahang Barat. Sambal hitam ini cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Selain dijadikan
perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh dibuat sambal dikenali sambal hitam dikalangan penggemarnya dan enak dimakan
bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya.
Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan. Ia juga dijual secara kecil-kecilan sebagai menambah pendapatan penduduk setempat.
Keenakannya menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini. Penyediaan untuk membuat sambal ini sebenarnya amat mudah dan cepat seperti membuat sambal lain.
*gambar sumber dari google

No comments:
Post a Comment